BAHASA MELAYU

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu


Tahun : 3 Biru

Bilangan murid : 46 orang

Tarikh : 29 / 07 / 2011 ( Jumaat )

Masa : 11 pagi – 11.30 pagi

Tema : Pengangkutan

Tajuk : Pelbagai Pengangkutan

Sub- tajuk : Pengangkutan Awam ERL

Hasil Pembelajaran :

Fokus Utama: 4.1 Mengemukakan idea, pandangan dan pendapat tentang sesuatu perkara secara terperinci, tepat dan tersusun. Aras 2 (i) Melahirkan pandangan tentang sesuatu topik dengan jelas dan teratur.

Fokus Sampingan: 7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat. Aras 1(i) Memberikan makna perkataan dan maksud frasa dalam ayat.

8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal, dan ayat majmuk. Aras 3 (i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk yang lengkap.

Pengetahuan Sedia Ada:

1. Murid pernah mempelajari kata seru.

2. Murid telah mengetahui dan mengenal pengangkutan awam.

Objektif Pelajaran:

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. Menyatakan 4 daripada 6 keistimewaan ERL dengan betul secara berkumpulan. ( 4.1 Aras 2 i )

2. Menjelaskan makna perkataan berikut dengan betul secara lisan dengan merujuki kamus:

a. Bertolak

b. Beroperasi

c. Gerabak ( 7.1 Aras 1 i )

3. Membina 3 ayat seruan dengan menggunakan kata seru yang berikut secara betul:

a. Wah

b. Oh

c. Amboi ( 8.1 Aras 3 i )

Sistem Bahasa: 1. Tatabahasa

a. Kata seru

2. Kosa Kata

a. bertolak

b. beroperasi

c. gerabak

Pengisian Kurikulum: 1. Nilai

a. Kesyukuran- berterima kasih dan bersyukur di atas kemudahan yang terdapat di negara kita

2. Ilmu

a. Sains dan teknologi

Kemahiran Bernilai Tambah ( KBT ):

1. Kemahiran berfikir

a. Membanding beza

b. Mengenal pasti

c. Menjana idea

d. Merumus

2. Belajar cara belajar

a. Bacaan mekanis

b. Mencari maklumat

3. Kecerdasan Pelbagai

a. Verbal-linguistik

b. Interpersonal

4. Pembelajaran Kontekstual

5. Bahan Bantu Mengajar

a. LCD

b. Komputer riba

c. Buku teks

d. Kad perkataan

e. Kertas mahjong

f. Pen marker



1. Set induksi

( 3 minit )

Isi Pelajaran

Gambarajah kereta api dan klip video ERL.

Soalan:

Murid-murid, apakah perbezaan di antara kereta api dan ERL yang kamu nampak?

( ERL lebih canggih dan cantik jika dibandingkan dengan kereta api biasa ).



1. Guru menunjukkan gambarajah kereta api dan menayangkan video ERL.

2. Guru menyuruh murid agar meneliti gambarajah dan klip video itu.

3. Guru bersoal jawab dengan murid.

4. Guru mengaitkan tajuk pembelajaran hari ini.



2. Penyampaian Langkah 1

( 10 minit )

1. Guru menyuruh murid agar merujuk kepada buku teks muka surat 28,29

2. Guru menyuruh murid agar membaca teks secara berkumpulan.



1. Guru menunjukkan 3 keping kad perkataan.

2. Murid diminta mencari makna perkataan dengan merujuki kamus.

3. Murid diminta menjelaskan makna perkataan tersebut.

Guru memberi penerangan tambahan jika perlu. Contoh: guru menggunakan power point (LCD), papan tulis, gambar semasa memberi penerangan.



3. Pengembangan

Langkah 2

( 8 minit )

1. Dalam kumpulan, guru meminta murid membincangkan tentang keistimewaan ERL.

2. Murid diminta mencatat sekurang-kurangnya 1 keistimewaan ERL pada kertas mahjong yang dibekalkan oleh guru.

3. Wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka.

4. Guru memberi penerangan tambahan jika perlu.



4. Penilaian

Langkah 3

( 6 minit )

1. Guru menerangkan apa itu kata seru.

2. Murid diminta mencari kata seru dalam teks muka surat 28.

3. Murid diminta membina ayat dengan kata seru yang didapati dalam teks secara lisan.

4. Guru mengubahsuaikan ayat jika perlu.



5. Penutup

( 3 minit )

1. Guru menerapkan nilai kepada murid.

2. Guru memberitahu murid bahawa rakyat Malaysia haruslah sentiasa bersyukur atas kemudahan awam yang direkabentuk untuk memudahkan kerja harian mereka.

3. Guru membimbing murid untuk membuat rumusan tentang apa yang telah dipelajari.

Refleksi Makropengajaran Bahasa Melayu Tahun 3B



Pengenalan


Saya mengajar kelas 3B Bahasa Melayu. Kelas ini terdiri daripada 46 orang murid, 20 orang lelaki dan 26 orang perempuan. Kelas ini boleh dikategorikan sebagai kelas cemerlang kerana mereka memperoleh A untuk semua subjek di sekolah. Terdapat juga beberapa orang pelajar yang sedikit lemah dan memperoleh B untuk Bahasa Melayu. Saya telah mewajibkan murid-murid saya untuk membawa kamus kecil setiap hari ke sekolah bagi memudahkan mereka mencari makna kosa kata.

Semasa pengajaran


Semasa saya memaparkan power point, murid-murid begitu berminat dan teruja sekali untuk melihat paparan tersebut. Mereka bertambah berminat dan berebut-berebut mengangkat tangan ketika saya memilih beberapa orang murid untuk membantu saya menekan ‘mouse’ komputer. Selain itu, murid-murid juga sedaya upaya untuk member jawapan untuk menjawab soalan dan cuba untuk membina ayat. Kerjasama yang diberikan ketika kerja kumpulan amat menggalakkan.

Kelemahan Pengajaran


Saya terlupa untuk memberitahu murid-murid tajuk P&P pada hari itu. Saya sepatutnya memperkenalkan tajuk iaitu “keistimewaan ERL” kepada murid-murid. Selain itu, saya juga terlupa untuk memaparkan gambar yang sudah terdapat di dalam slide power point.

Cara pembaikan pengajaran


Saya harus memberikan tajuk ketika P&P dimulakan. Selain itu, ketika bina ayat untuk kata seru, saya harus memberikan beberapa perkataan supaya mudah bagi mereka untuk membina ayat memandangkan murid-murid masih berada di tahap 1. Kad perkataan yang digunakan juga perlu lebih menarik lagi supaya murid-murid tertarik untuk melihatnya.

Refleksi

Sudah sekian lama meninggalkan alam praktikum, kini saya harus memulakannya semula. Kadang-kala, hal-hal kecil seperti tajuk, makna perkataan sering diabaikan. Ini harus diperbaiki walaupun saya mempunyai pengalaman mengajar. Saya harus mencatat hal-hal ini di atas kad kecil sebagai ‘reminder’. Hal yang paling menarik ialah murid-murid nampaknya begitu berminat ketika slide power point dipaparkan kepada mereka. Gambar-gambar yang ditunjukkan juga menarik lagi minat mereka dan murid-murid memberikan respon yang baik ketika saya ingin mereka membantu saya. Mereka juga bekerjasama ketika aktiviti kumpulan dijalankan. Mungkin kerana penguasaan Bahasa Melayu mereka agak bagus, maka mereka boleh membina ayat-ayat yang mudah.