MATEMATIK

Rancangan Pelajaran Harian Matematik




Mata Pelajaran :Matematik

Kelas :2 S

Tarikh :12-8-2011

Masa :8.00  - 8.30 pagi

Bilangan Murid :30 orang

Tajuk :Operasi Tambah Tidak Melebihi 100

Kemahiran :1.1- Menambah sebarang dua nombor, 1 digit dan 2 digit, dengan mengumpul semula dan

hasil tambahnya tidak lebih daripada 100

Pengetahuan Sedia Ada :Murid-murid sudah mempelajari tentang

1. Konsep angka

2. Susunan angka 1-100

3. Asas operasi tambah

Hasil Pembelajaran :Di akhir pelajaran ini, murid dapat menjawab 3 daripada 5 soalan Matematik yang

melibatkan penambahan sebarang dua nombor 1 digit dan 2 digit.

Kemahiran berfikir (KB) :1. Membanding beza

                                       2. Menghubung kait

Penerapan nilai :1. Yakin pada diri sendiri

                        2. Bekerjasama

                        3. Bertoleransi

                        4. Keberanian

BBM :1. Manggis

          2. Transparensi

          3. Kad imbasan

 Set Induksi

(3 minit)

Konsep Tambah 1.Guru menunjukkan buah manggis dan meminta murid menyatakan jenis buah-buahan 
                             tempatan yang lain.

                          2.Guru mengadakan satu situasi yang melibatkan Proses Pemberian manggis dan meminta
                             murid menjawab soalan yang akan dikemukakan. Contohnya: Kah Leng mempunyai 1
                             biji manggis, abangnya memberi 2 biji manggis kepadanya. Berapakah jumlah 
                             buah manggis yang Kah Leng dapat ?

                         3.Murid menjawab soalan guru 3 biji.

BBM :

-Buah manggis



Nilai murni:

-bertoleransi

 Langkah 1

(4 minit)
Operasi tambah 10 (Melibatkan 1 digit) 1.Guru menunjukkan kad imbasan untuk membuat ulang kaji tentang asas operasi tambah. Contohnya: 5 + 5 = 10

                                                              1 + 9 = 10
2.Guru meminta murid supaya memberi contoh operasi tambah berjumlah 10 yang lain serta

menyatakan cara mendapat kaedah operasi tambah.

3.Murid memberi contoh operasi tambah yang lain, dan menyatakan cara mendapat

kaedah operasi tambah.

Contohnya, 4 + 6 = 10
                  3 + 7 = 10
                  2 + 8 = 10

BBM :

-Kad imbasan

Langkah 2

(15 minit)
Operasi tambah nombor 1 digit dan 2 digit 1.Guru mempamerkan gambarajah yang melibatkan operasi tambah satu nombor 1 digit dengan satu nombor 2 digit dan 2 nombor 2 digit. Contohnya.
1   + 10 = ?
11 +   9 = ?
10 + 10 = ?
11 + 19 = ?
2.Guru meminta murid untuk menjawab soalan tersebut dengan cara sendiri.

3.Guru membetulkan jawapan murid

4.Guru menjelaskan dan menunjukkan keadah untuk menyelesaikan soalan operasi tambah yang melibatkan satu nombor 1 digit dengan satu nombor 2 digit dan 2 nombor 2 digit. Contohnya:
  10        11        10        11
+  1      + 9      +10      +19_
5.Untuk menyelesaikan soalan 11+19, guru meminta murid menambah 1 dengan 9 dan jawapanya ialah 10, tuliskan 0 di bawa 9 dan tuliskan nombor 1 yang kecil di atas digit kedua nombor 11.Selepas itu, tambahkan 1 yang telah ditulis dengan digit kedua nombor 19 dan digit kedua nombor 11.

6.Murid memerhati pengajaran guru.

KB: 1)Membanding beza

2)Menghubungkait



Langkah 3

(6 minit)
Operasi tambah (aktiviti kumpulan)
1.Guru membahagikan murid-murid kepada 5 kumpulan.

2.Guru menunjukkan transparensi yang mempunyai 5 soalan kepada murid dan meminta murid

   menjawab semua soalan dalam 5 minit.

  2+ 3 = ?

  9+ 4 = ?

  20+20 = ?

  39+12 = ?

  46+33 = ?

3.Guru meminta setiap ketua kumpulan mempamerkan jawapan yang sudah dijawab dan memuji

murid yang berani membentangkan cara-cara penyelesaiannya.

Nilai murni:-Bekerjasama

-Yakin pada diri sendiri

-Keberanian

Penutup

(2 minit) Pertandingan ‘Siapa cepat, siapa dapat’
1.Guru mengadakan pertandingan‘siapa cepat, siapa dapat’

2.Guru mengemukakan soalan yang melibatkan operasi tambah secara lisan kepada murid, dan murid

yang cepat dan dapat menjawab soalan guru akan mendapat hadiah misteri.

3.Guru membuat kesimpulan bersama dengan murid, bahawa mereka telah mempelajari operasi

tambah pada hari tersebut.

Nilai murni

-Yakin pada diri sendiri

-Keberanian

Refleksi Makropengajaran Matematik Tahun 2S



Pengenalan

Saya mengajar kelas 2S Matematik. Kelas ini terdiri daripada 30 orang murid, 14 orang lelaki dan 16 orang perempuan. Kelas ini dikategorikan sebagai kelas sederhana kerana ada murid yang cemerlang di dalam Matematik sehingga boleh mendapat A dan ada pula yang lemah. Ketika P&P dijalankan, murid-murid sudah pun mempunyai asas operasi tambah.

Semasa pengajaran


Semasa saya menyoal murid-murid tentang buah manggis, mereka begitu berminat. Maklumlah, kanak-kanak apabila kita berbicara tentang makanan, sudah tentulah mereka amat gembira. Mereka juga memberikan respon yang baik ketika saya mahu mereka memberikan contoh-contoh buah-buahan tempatan yang lain.

Ketika langkah pertama, saya menunjukkan kad imbasan kepada murid-murid, mereka amat berminat dan cuba untuk memberikan contoh-contoh. Ketika langkah kedua dijalankan pula, murid-murid harus menyelesaikan operasi tambah. Mereka cuba menjawab dan kebanyakannya dapat memberikan jawapan yang tepat. Untuk langkah ketiga pula, murid-murid amat mematuhi peraturan dan ketua kumpulan dapat membimbing ahli kumpulannya untuk menjawab soalan dalam masa yang telah ditetapkan. Mereka amat berminat ketika penutup kerana mereka akan mendapat hadiah misteri jika mereka cepat dan memberikan jawapan yang tepat.

Kelemahan Pengajaran


Untuk murid-murid yang lemah, saya terpaksa memanggil mereka ke hadapan kelas dan memberikan bimbingan kepada mereka. Ini menyebabkan masa yang diperuntukkan untuk mereka sudah melebihi yang sepatutnya. Saya telah mengabaikan murid-murid yang sederhana dan pandai. Selain itu, saya juga seharusnya memberikan latihan asas operasi tambah kepada murid-murid yang lemah. Selain itu, ada murid-murid yang tidak berpuas hati dengan ketua kumpulan mereka.

Cara pembaikan pengajaran

Saya harus memperbanyakkan latihan asas Matematik kepada murid-murid yang lemah supaya mereka dapat menguasai operasi tambah. Saya tidak sepatutnya mengarahkan mereka datang ke hadapan kelas untuk membimbing mereka kerana akan menjatuhkan air muka mereka kerana mereka akan berasa malu dengan rakan-rakan yang lain. Ketua kumpulan yang dipilih harus cekap dan berani untuk mengawal ahli-ahli kumpulannya. Ini untuk mengelakkan ahli-ahli kumpulan tidak bekerjasama membuat latihan.


Refleksi

Murid-murid begitu berminat dengan Matematik kerana ia mudah dan menghiburkan. Ini amat berlainan jika saya mengajar subjek lain. Mungkin disebabkan murid-murid hanya perlu mengingati perkara-perkara asas sahaja. Mereka tidak perlu untuk menghafal makna-makna perkataan seperti subjek bahasa. Selain itu, murid-murid juga amat bekerjasama memberikan jawapan ketika soalan dikemukakan. Bagi murid-murid yang lemah pula, seharusnya di sebelah mereka diletakkan murid-murid yang handal dalam Matematik untuk membantu mereka dan fungsi mereka seperti seorang cikgu kecil yang dapat membantu. Ini dapat mengurangkan sedikit ketidakselesaan murid-murid yang lemah.